ALBUM ALGEBRA: YANG BENAR TETAP BENAR
Iklan 6 Comments »
Siapa Algebra? Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com.
Band Nasyid Pertama. Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapat segelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan tidak islamik.
Yang Benar Tetap Benar. Album Yang Benar Tetap Benar ini mengandungi 10 track merangkumi 8 buah lagu dan dua bacaan puisi. Antara lagu yang dijangka hit ialah Aku Rela ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA (SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) nyanyian Algebra, Islam Di China ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Dakmie & Algebra), Aku Bukan Musuh Harta ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Kopratasa & Algebra) dan Derita Hati Seorang Bonda ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Aishah & Algebra). Lagu-lagu lain adalah Daerah Ini( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra), Puisi Dunia ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra), Suara Tajdid Kami ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra) dan Yang Benar Tetap Benar ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra). Sementara itu 2 buah puisi yang dibacakan oleh SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berjudul Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga menyempurnakan kandungan 10 track album ini. Selain itu, album ini turut melibatkan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain. Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.
Puisi Mufti Perlis. Dalam album pertama ini Algebra telah diberi penghormatan untuk melagukan puisi-puisi yang dinukil oleh tokoh agama terkenal iaitu SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Selain daripada 8 lagu yang dimuatkan dalam album ini diadaptasi daripada puisi karya beliau, Dr Mohd Asri sendiri turut menyampaikan 2 buah puisi di dalam album ini. Dr Mohd Asri merupakan seorang tokoh yang agak vokal dalam menangani isu-isu semasa dan beliau pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air apabila tidak membenarkan beberapa artis tertentu tampil membuat persembahan di negeri Perlis dalam satu program anjuran sebuah stesen TV tempatan. Tindakan tersebut telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Pada ketika kebanyakan tokoh-tokoh agama tanah air agak menjauhkan diri daripada dunia muzik, Dr Asri mengambil langkah sebaliknya apabila melibatkan diri dalam pembikinan album Algebra: Yang Benar Tetap Benar ini.
Penampilan Aishah, Kopratasa dan Dakmie (ex vokalis barongan). Penampilan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air seperti Aishah, Kopratasa dan Dakmie (ex vokalis barongan) telah menyerlahkan lagi keistimewaan album ini. Aishah dan Kopratasa terutamanya telah lama tidak tampil dengan album atau lagu baru. Kolaborasi mereka dengan Algebra melalui lagu Derita Hati Seorang Bonda dan Aku Bukan Musuh Harta diharap sedikit sebanyak mengubat kerinduan para peminat. Sementara itu Dakmie yang juga bertindak selaku penerbit merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri nasyid. Malah pada tahun ini beliau telah memenangi anugerah AIM 2008 bagi kategori Album Nasyid Terbaik bersama kumpulan Rabbani selain terlibat dalam pembikinan soundtrack untuk filem I’m Not Single dan Selamat Pagi Cinta.
Maklumat lanjut: Sila Click
MUFTI NEGERI KECIL, MILIKI JIWA BESAR
Ilmiah No Comments »
Setelah dua tahun menduduki kerusi Mufti, banyak isu-isu kontroversi yang telah ditimbulkan oleh Sahibu Samahah Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin atau lebih mesra dipanggil Dr MAZA. Kehadiran Mufti muda ini dilihat pada awalnya sebagai seorang tokoh muda yang seringkali membawa isu-isu yang melawan arus dimana pendapat dan idea pemikirannya seringkali bercanggah dengan golongan agama di Malaysia. Antara isu pertama yang menimbulkan kontroversi ialah kritikannya terhadap pengawai agama yang suka mengendap pasangan berkhalwat namun membiarkan maksiat terbuka tanpa melakukan pencegahan. Isu ini kemudian menarik minat masyarakat Malaysia membincangkan pro dan kontra pendapat ini dan ianya juga mendapat reaksi positif daripada Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mana bersetuju dengan pendapat Dr MAZA. Mufti muda ini kemudian mula menarik minat media massa apabila seringkali melontarkan pandangannya yang bersifat tajam, telus dan tidak berpihak.
Dalam meneruskan agenda sebagai Mufti rasmi Kerajaan Negeri Perlis, beliau sering kali mempromosikan perkataan ‘tajdid’ dihampir setiap forum dan kuliah yang dihadirinya. Perkataan tajdid yang membawa makna baru, baru yang bukan tiada asal, tetapi merujuk kepada baru yang kembali kepada asal. Perkataan ini walaupun pada kebiasaannya digunakan oleh golongan agama dalam melakukan pemulihan terhadap pemahaman dan imej agama islam, namun telah berjaya dikembangkan oleh Dr MAZA dalam konteks yang lebih meluas apabila perkataan ini dipromosikan dalam ruang corak pemikiran dan sikap. Beliau sering kali menegaskan betapa pentingnya tajdid perlu digerakkan dalam corak fikir dan langkah gerak umat islam. Imej dan pemikiran lama umat islam perlu ditransformasi agar ia seiring dengan perkembangan dunia semasa yang semakin mencabar. Beliau juga telah membawa satu dimensi baru dikalangan pemikiran ahli politik yang mana beliau cuba mewujudkan pemikiran ahli politik yang tidak terikat pada batasan parti namun melihat sesuatu isu dalam konteks yang lebih meluas tanpa perlu terikat pada parti atau pun puak. Pemikiran ini walaupun pada awalnya dilihat tidak diterima baik, namun kini sebaliknya apabila dilihat ada ahli politik yang telah mula menerima pakai idea pemikiran ini. Kemampuan Mufti muda ini untuk duduk sebaris dengan ahli politik dalam membincangkan isu dan masalah umat islam memperlihatkan kemampuan sebenar ulama’ yang seharusnya duduk bersama dengan orang politik bagi membantu menyelesaikan masalah umat.
Kritikan dan pandangannya yang berbeza tanpa terikat pada sikap taksub mahzab atau fahaman menyebabkan beliau tidak dibenarkan menyampaikan kuliah disesetengah negeri di Malaysia. Banyak pihak agama menuduh Dr MAZA menganuti fahaman Wahabi yang mana dilihat oleh sesetengah pemimpin agama boleh menyebabkan perpecahan dikalangan umat islam di Malaysia. Kebetulan, imej wahabi digambarkan sebagai golongan agama yang suka membidaahkan umat islam yang lain, menyesatkan mereka yang tidak sefahaman dan orang agama yang bersifat radikal serta ganas. Tuduhan berat sebelah ini seharusnya dinilai kembali orang pemimpin agama yang lain kerana ia hanya merugikan umat islam. Seharusnya mereka mampu duduk semeja dan menghilangkan rasa ego bagi merungkai segala kekusutan dan tuduhan yang dilemparkan ini. Dr MAZA sering kali mengkritik institusi agama yang dilihatnya seakan gagal menjalankan fungsinya. Tanggapan ini dilihat dalam dua konteks yang utama iaitu pengurusan wang zakat yang sentiasa berbaki dan tuntutan tertangguh kes-kes di mahkamah syariah yang mana memakan masa yang amat lama. Pengurusan zakat dikatakan kurang berjaya mencapai objektif apabila melihat sering kali pengagihannya wang zakat sentiasa berbaki walhal umat islam di Malaysia masih ramai lagi menjadi umat yang miskin. Beliau juga menyarankan agar pengagihan wang zakat itu lebih diluaskan skopnya agar lebih banyak membantu menbangunkan umat islam. Kes-kes tuntutan penceraian yang terlalu lama sehingga memakan masa bertahun dilihatnya sebagai suatu ketidak adilan terhadap kaum wanita. Beliau turut mencadangkan agar urusan perkahwinan di Malaysia ini dipermudahkan kerana baginya urusan zina itu lebih mudah dari urusan melakukan perkahwinan yang mana halal di sisi syarak.
Dalam masa beberapa hari lagi maka berakhirnya tugas Dr MAZA selaku Mufti rasmi Kerajaan Negeri Perlis. Dua tahun menduduki tampok kerusi sebagai Mufti ini telah berjaya mencetuskan satu fenomena baru dikalangan umat islam di Malaysia, semakin ramai yang ingin mendapatkan penjelasan dari sudut agama apabila sesuatu isu berlaku. Apa yang diharapkan, perubahan positif ini bukan hanya bersifat kerangka dua tahun yang berlalu, namun ia tetap berterusan walaupun tanpa dokongan jawatan Mufti. Golongan agama juga diharapkan sentiasa bersifat terbuka dan ke depan dalam memberikan penjelasan yang ilmiah dan telus apabila berlaku isu-isu yang membabitkan umat islam. Usahlah kita beralasan bahawa media tidak mesra golongan agama, namun kita sendiri yang seharusnya memupuk sifat mesra dikalangan media. Jika Dr MAZA telah memulakan langkah kerjanya, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyambung kerja sebagai egen kepada perubahan minda!
OBAMA: Untung & rugi umat ISLAM
My View No Comments »Mungkin aku agak terlewat sket untuk bagi komen tentang kemenangan Mr Obama dalam piliharaya US baru2 nie.. Aku dah baca beberapa komen tokoh2 besar dunia, masing2 memberikan komen2 yg positif.. Terutamanya masyarakat islam yg memandang Obama sebagai harapan baru mereka.. Aku taknak komen tentang kemenangan Obama yg semestinya didokong oleh pelobi yahudi, 2 sememangnya menjadi syarat wajib utk menjadi Presiden US.. Tapi aku rasa lebih baik kalau kita lihat dalam konteks yg mana lebih kurang memudaratkan umat Islam.. McCain semua dah tau hanya meneruskan kesinambungan corak pemerintahan G. Bush, menyokong kewajaran perang di Iraq..

Aku ada beberapa fakta menarik tentang Obama yg aku jumpa dlm beberapa sumber yg aku percayai.. Fakta menarik ini perlu kita umat islam renungkan dan fikir kemana arah tuju kita dalam corak pemerintahan polis dunia yg telah bertukar pemerintahnya..
Petikan dari blog Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah UIA):
1) Di kalangan calon2 Presiden AS (pre-penentuan calon Republik dan Demokrat), beliau seperti yang lain2 amat komited dgn isu Israel. Namun, menurut Mearshmeimer dan Walt (2007) di dalam ‘Israel Lobby and US Foreign Policy’, kenyataan beliau merupakan yang paling sederhana.(Tapi tetap komited di dalam menjaga isu keselamatan Israel).
2) Joe Biden yang merupakan pengerusi U.S. Senate Committee on Foreign Relations, telah dipilih untuk menjadi naibnya. Biden di dalam wawancara Shalom TV (TV kabel Zionis) pada tahun 2007 telah mengatakan ““I am a Zionist. You don’t have to be a Jew to be a Zionist.” lihat: http://uk.youtube.com/watch?v=yAZmO80dLfE
3) Obama juga bukanlah ancaman kepada Israel menurut analisis di akhbar Haarezt, Israel. (lihat: http://www.haaretz.com/hasen/spages/1033949.html)
4) Beliau juga telah mendapat lampu hijau dari mantan pengerusi World Jewish Congress yang pro-Zionis, Edgar Bronfman. (lihat: http://www.haaretz.com/hasen/spages/1033267.html)
5) Beliau juga mempelawa Rahm Emanuel untuk menjadi ketua kakitangan Rumah Putih. Rahm yang dikenali ramai sebagai pro-perang Iraq di dalam parti Demokrat. Pada tahun 2006, beliau telah melakukan kempen di dalam pemilihan Democrat untuk menjatuhkan golongan anti-perang di dalam parti tersebut. (lihat: http://www.jwharrison.com/blog/2008/11/06/who-is-rahm-israel-emanuel/).
Eamnuel juga anggota aktif di dalam AIPAC dan telah berjaya menjayakan lobi pertubuhan tersebut untuk menjatuhkan Paul Findley, ahli kongress Republican yang lantang mengkritik dasar AS terhadap Israel. Beliau juga telah mengiringi Obama untuk memberikan ucapan di AIPAC Policy Conference, dan telah menyatakan sokongan terbuka kepada Obama selepas ucapan tersebut. (lihat: http://www.observer.com/2008/emanuel-endorses-obama-after-aipac-speech)
6) Obama juga menyenaraikan Colin Powell untuk kembali sebagai setiausaha luar AS. Bukankah Powell yang telah menipu di UN untuk menjustifikasikan peperangan ke atas Iraq?
7) Menurut laporan National Election Pool USA, Sebanyak 43 % pengundi kulit putih telah memilih Obama, manakala 55% memilih untuk mengundi McCain. Di kalangan Kulit Hitam pula, 95% memilih untuk mengundi Obama, manakala 4% sahaja yang memilih McCain. (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/americas/us_elections_2008/7709852.stm)
Persoalannya, siapakah yang lebih bersikap perkauman? kulit putih atau kulit hitam?
Oh ya, Hispanic sebanyak 66% memilih McCain dan 31% sahaja yang memilih McCain.
Menurut statistik Financial Times (6/11/2008), 77% dari kalangan Yahudi di AS memilih Obama.
9) Ironiknya, golongan Kristian Evangelis yang pro-Zionis pula hanya memberikan lebih kurang 25% undi kepada Obama, dan memberikan lebih 70% kepada McCain. Apakah signifikannya undi tersebut? (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/americas/us_elections_2008/7709852.stm)
Petikan dari blog Ustaz Zaharuddin (Pakar Fiqh Kewanagan Islam):
Di samping seluruh andaian dan ramalan tersebut, saya terpaksa menyatakan lega dan agak gembira apabila semalam (17 Nov 2008) apabila Obama muncul buat kali pertama dalam interview di sebuah stesyen television dan disiarkan di seluruh United Kingdom bahawa beliau akan :-1) Menamatkan perang di Iraq dan mengundurkan semua tenteranya yang berada di sana DALAM MASA 16 BULAN lagi. Saya lega kerana umat Islam di Iraq kini akan berpeluang bebas dari kezaliman tentera US di Iraq yang berterusan setiap saat dan minit.
2) Menutup penjara Guantanamo yang penuh dengan penderaan. Apa itu Guantanamo ? ia adalah berikut
The Guantanamo Bay Naval Base, established in 1898, surrounds the southern portion of the bay. Since 2002 the base has hosted a detainment camp for suspected militant combatants from Afghanistan and from around the world, but specifically not for captives taken in Iraq, who qualify for POW status. ( wikipedia.org)
Dengan pengunduran daripada Iraq ini, saya amat juga berharap agar penjara Abu Gharib di Iraq yang menjadi tempat penderaan seksual terhadap tahan Islam lelaki dan wanita, siksaan mental dan fizikal umat Islam juga bakal ditutup. Apa itu Abu Gharib?
The Abu Gharib prison (Arabic: سجن أبو غريب; also Abu Ghurayb) is in Abu Ghraib, an Iraqi city 32 km (20 mi) west of Baghdad. It became internationally known as a place where Saddam Hussein’s government tortured and executed dissidents, and later as the site of Abu Ghraib torture and prisoner abuse scandal where the United States military’s torture of Iraqi detainees was revealed in a series of photographs published in worldwide news media. ( wikipedia.org)
Sebahagian yang dinyatakan terbuka ini telah sebelum ini tercatat di manifesto webnya.
Namun kini ia disebut dengan maha jelas dalam berita semalam.
Saya tahu dan faham, anda boleh mengandakan pelbagai idea canggih di sebalik kenyataan Obama ini. Anda juga pastinya akan skeptic dengan rancangannya dan pasti akan menjangka US akan menguasai Iraq secara diplomatik pula dan lain-lain. Namun, saya tetap merasa sedikit lega dengan kenyataan pengunduran itu.
Kesimpulannya, setakat ini ada sedikit kelegaan dalam janji dan kenyataan media terbaru Presiden Obama ini. Adapun yang bakal menjelma, sama-sama kita lihat, nilai dan doa agar ia tidak merupakan bala buat Islam dan dunia.
Saya juga bukanlah pakar politik antarabangsa yang bijak menganalisa berita dan kenyataan. Justeru, anda tidaklah terikat sama sekali untuk menyokong entry ini atau menolaknya. Sebagai orang awam, saya rasa agak gembira.
Aku secara peribadi pun rasa Obama nie lagi Ok dari Mc Cain, sebab dia pun rasanya ada sket2 asas islam.. Aku rasa dlm hal ni, kita terpaksa gunakan konsep “ambil yg kurang memudaratkan dari yg jelas memudaratkan”..
Filem Sang Murrobi akan datang ke Malaysia!
Iklan 2 Comments »
Menyahut seruan www.al-ahkam.net untuk mempromosikan kedatangan filem ini ke Malaysia. Membe2 aku yg kat utara 2, tgk filem madagascar buleh.. So, tgk filem nie mst la boleh gak kan? hahaa…
My Internship’s Program
Coretan Aku 2 Comments »Fuji Seat (Malaysia) SDN BHD
Seats
At APM seating division, we realize the value and importance in the concept of design for manufacturing. Our manufacturing facility includes some of the most advanced equipment to handle just such a task. With a complete automatic robotic line, numerous stand-alone robots, full polyurethane (PU) and a complete tooling and stamping facility, flexible scaling is virtually guaranteed.
Major Production, Design Tools & Testing Facilities:
-Robotic Welding
-Multi Spot Welder
-CNC Pipe Bender
-CNC Wire Bender
-Automatic Fabric Cutter
-Seat Frame Fatigue Testing Machine
-SAE Mannequin
-Recliner Endurance Testing Machine
-Tensile Testing Machine
-Pro Engineering
Capacity Per Month:
18,000 vehicle sets
Company Location:
OE Customer:
Laman web: Fuji Seat (Malaysia) SDN BHD
Kat atas ni penerangan ringkas tentang company yang aku akan buat latihan industri iaitu start 1/12/08 sampai la….. erk, actually aku pun xingat sampai bila.. Tapi lebih kurang lima bulan la.. Alhamdulillah, dapat gak elaun, RM 600.. Lumayan? semestinya.. haha.. Kebetulan, company ni dekat dgn umah akak aku, so aku takda la nak susah payah cari rumah sewa.. Tapi aku risau gak, dapat elaun agak lumayan.. Ntah2, aku kena jadi balaci? huhu… Berfikiran positif, isyaAllah tak kut.. Kalau kena jadi balaci gak, mau aku saman company 2.. hahaa.. Bila aku dah start internship program ni, aku bukak tenet memang dah jadi jarang giler.. So, banyak benda aku xdapat nak update.. Erm, tapi aku atleast kena bukak tenet gak sebulan sekali.. Mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan aku..
Terima kasih kawan…
Coretan Aku No Comments »Dulu masa aku sek rendah, aku teringin sangat nak abes blaja.. aku nak keje, nak pegang duit sendiri.. Aku dulu kira “loser” la.. Lansung xda pk masa depan.. Aku masa exam UPSR pun xda stdy, masuk dewan exam pun cool je.. rasa macam amik ujian separa.. hehe.. Tapi Alhamdulillah, aku masih dapat keputusan yg kira baik.. 3 A, 2 B.. Aku time 2 tak tau nilai nombor and huruf yang aku dapat 2..
Masuk je sek menengah, aku jumpa kawan2 baru.. Mostly bukan dari sek rendah aku dulu.. ramai kwn2 aku dari sek rendah dah masuk sek asrama.. Bila masuk je form 3, member2 aku sibuk nak amik borang mohon sek teknik.. aku pun terikut2 rentak diorg, aku pun beli borang dan hantar pada sek teknik yg aku mohon.. aku mohon sebab ikut2 kawan, aku xda niat pun nak masuk sek asrama.. Bila keputusan PMR keluar, aku dapat result yg agak baik, 5 A, 2 B dan 1 C.. Subject ape yg C? Aku xrasa xpayah lah bagitau.. Tiba2 aku dapat surat yg katakan aku diterima masuk ke sek teknik yang aku mohon.. Ramai gak kawan2 aku yang dapat sek teknik yang sama.. Tiba2 aku jadi excited utk msk sek teknik nie.. So, aku pun cakap kat family aku nak msk sek teknik..
Kalau sebelum ni, aku hanya berangan-angan nak abes blaja sampai tahap SPM je, kini aku bercita-cita plak nak blaja sampai kat politeknik buat sijil @ diploma.. Tapi aku rasa time 2 aku still loser.. Bila cikgu aku cakap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dah buka permohonan utk msk matrik.. Aku lansung xamik pusing.. MATRIKULASI? Gila aku nak masuk tempat 2.. Tempat bdk2 genius, 24jam ngadap buku.. Aku ni mana layak, dah la pemalas.. haha.. Tapi ada seorg kawan aku beria-ria suruh aku mohon masuk matrik.. Aku betul2 malas nak mohon.. Aku rasa ajaib la kalau aku dapat masuk matrik, tapi sebab kesian tgk membe aku 2 beria-ria suruh aku mohon.. Aku pun suruh dia mohonkan.. Aku hanya bagi dia duit suruh beli no PIN, pas2 urusan permohonan semua dia yg uruskan.. Aku pun abaikan jela benda 2..
Bila je keputusan permohonan masuk matrik keluar, aku terkejut beruk bila dapat tau aku diterima masuk.. Bila dah diterima masuk plak, aku terfikir cabaran dia plak.. Boleh ke aku survive dalam dunia 2? Akhirnya setelah aku pk masak2, aku pun terima tawaran masuk ke matrik.. (aku dah start matang sket kot, haha..) Akhirnya sampailah sekarang, aku masih lagi mengejar cita2 yang dulu aku xpernah pun bayangkan..
Bila aku fikir balik, aku tak akan sampai kat sini kalau xda kawan2 yg banyak mempengaruhi aku.. Aku rasa kalau aku xjumpa kawan2 aku yg mempengaruhi aku msk sek asrama & matrik.. Aku mungkin kerja sebagai pencacai jalanan je.. Aku xdapat nak balas jasa diorg, tapi apa yg boleh aku cakapkan sekarang hanya……

TERIMA KASIH KAWAN!
BMCD tidak semudah makan di McD
Coretan Aku No Comments »Semalam aku ada amik paper Machine Component Design (BMCD 3523)… Aku rasa, semalam paper yang paling teruk pernah aku buat.. Masuk2 je dewan exam, otak aku dah jadi blur.. Semua rumus dalam otak aku dah lintang pukang.. Apa yang aku stdy hampir semua tak keluar.. Aku banyak habiskan masa termenung.. Fikir apa nasib paper ni..
Perasaan aku sekarang?
STRESS dan KECEWA
Antara TAJDID dan POLITIK
Coretan Aku 2 Comments »Member2 aku sekarang suka bebenar melabelkan aku dengan dua benda ni, TAJDID dan juga POLITIK. Kdang2 rasa kelakar, apalah yg diorg suka sangat melabel aku dengan dua gelaran ni. Secara jujur, memang niat aku nak promosikan perkataan tajdid pada member2 aku. Walaupun bdk2 ni mula2 blur2 xfhm maksud tajdid, akhrnya diorg faham jugak walaupun faham dalam konteks yg umum. Apa yang diorg faham tajdid adalah baru/perubahan/reform. Okaylah 2, sekurang2nya diorg faham walaupun masih xjelas pada apa mesej yang cuba aku sampaikan melalui perkataan 2. Aku sebenarnya peyokong pada tajdid yang meliputi bidang agama dan politik (yg lain2 aku sokong gak, cuma yg utama 2 bidang ni la..) Arus TAJDID sekarang ni amat mendesak, kalau kita tidak melakukan tajdid, maka dikhuatiri umat islam akan terus tertinggal dan lari jauh dari agama islam yang asli tanpa ada campurtangan manusia. Imej umat islam jugak aku rasa perlu dilakukan perubahan, kadang2 aku tgk pengisiannya masa lesu je.. seolah-olah islam tu macam dah tak releven pada zaman moden ni. Padahal islam sangat progresif dan fleksible, cuma manusia ni seringkali pandang islam pada kacamata yg jumud. Imej islam sekarang yg tertonjol adalah seperti agama yg menghukum.. ini tak boleh.. ini haram.. Padahal dalam islam banyak yg tak haram, yg ditonjolkan benda2 yang haram je.. Oleh itu TAJDID penting untuk dilaksanakan dalam memperbaiki pemahaman org islam dalam agama mereka..

Apa yang aku buat sekarang, kdg2 member aku nak kaitkan dengan politik. Aku tgh dengar ceramah agama diorg kata aku tgh berpolitik, aku tgh baca paper diorg kata aku tgh berpolitik juga. Semua benda yang aku buat nak dipolitikan, nasib baik kalau aku masuk jamban diorg tak kata aku berpolitik gak.. haha.. Aku kadang2 tak faham, pemikiran kita ni sempit sangat. Takkanlah bila kita ni amik tahu perkembangan isu semasa kita dituduh seorg yg gila politik? C’mon la wei.. Kita bukannya budak sekolah menengah, takkan nak amik tau just sport and entertaiment je.. Isu semasa ni sesuatu yang penting untuk kita amik tau, benda2 macam ni lah yang mampu menjadikan kita mahasiswa yang mampu berfikir. Bukan sekadar amik tak kisah, kita ni bukan bangsa yang berjaya.. kita ni bangsa yang akan sentiasa “terancam”, tapi ancaman bukan dari anasir luar, tapi dari sikap diri kita sendiri! Sikap ni lah ancaman terbesar umat islam! (aku serius nie..)
Satu benda lagi, aku bukan penyokong Anwar Ibrahim (AI). Aku tak pernah pun mendaftar jadi mana2 ahli parti politik. Kalaulah aku defend AI dalam satu2 isu, tak bermakna aku akan sokong dia dalam semua benda.. Kalaulah benda tu fitnah dan tak betul tentang AI, takkanlah aku nak percaya? Mestilah aku defend AI.. Aku anggap diri aku ni berdiri atas fakta dan bukti, aku hanya akan menyebelahi mana2 pihak yg bercakap berdasarkan fakta dan bukti. Bukan sekadar cakap2 politik, sedap berbunyi.. habuk pun tarak.. Aku org yang tak ada prinsip? Tak setia pada yang satu? Orang politik dan orang agama itu bukannya maksum, so aku rasa tak perlu nak taksub pada mana2 individu atau parti mahupun jemaah.
**Posting paling serius dari aku.. haha..
Novel Senafas Langkah Siri 1.0 (Episod 3)
Novel Senafas Langkah No Comments »3
“Sein… Sein..”
Ada satu suara yang berulang kali menyebut namanya, namun berulang kali juga dia memalingkan mukanya dari suara itu. Mukanya dihenyekkan pada bantal itu penuh asyik.
“Woi Sein!! Rumah kau terbakar ni!”
“Hah! Terbakar? Mana api? Mana?” Sein menjerit kebinggungan dan spontan dengan itu dia bangun melompat dengan hanya berseluar pendek. Reaksi spontan ini menimbulkan gelak tawa daripada kawannya. “Aku panggil punya baik tadi kau tak layan, aku cakap rumah kau terbakar baru mengelabah kau. Woi, kau dah lupa ke hari ni kau dah start shooting? Dah pukul 2 petang ni. Kau tak start lagi dah buat hal, nanti mengamuk pula Brader Haikal.” Bad tercangkung dihadapan Sein, Sein pula masih lagi dalam keadaan kebinggungan.
“Shooting? Sekarang dah pukul berapa?” Spontan soalan ini keluar dari mulut Sein apabila mendengar nama Brader Haikal. “Dah pukul dua petang sayang. Kau sedar tak ni?” Bad terasa seronok mengenakan Sein yang masih lagi berada dalam keadaan separuh sedar. “Hah! pukul dua? Kenapa tak kejut aku pagi tadi.” Sein bernada cemas. Dia mula menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan, ada sesuatu yang dicarinya. Skrip Kampung Boy sudah menjadi alas bantal pada badannya, memang tepat tekaan Bad, tetapi bukan di atas rak televisyen, ianya berada dibelakang rak televisyen.
“Amboi, banyak cantik kau! Cuba kau check handphone kau, ada berapa missed called?” Bad menjadi geram mendengar kata-kata Sein. Sein cuba mencari telefon bimbitnya, tetapi belum sempat dia bergerak, terus sahaja Bad menhulurkan telefonnya itu kepadanya.
13 missed called
Itu yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Adus! Matilah aku. Brader Haikal mesti mengamuk. Tanpa menghiraukan Bad, segera Sein mencapai tuala mandi yang digantung di atas pintu biliknya. Fikirannya kembali kusut, banyak perkara yang dia belum bereskan. Dia cuba mengingati apa yang dia lakukan malam tadi, namun dia gagal untuk mengingati apa-apa.
“Sein, kau tahu tak jalan nak pergi Bukit Gambir? Kita hari tu buat promotion untuk filem Bumi Tehran kat Muar cuma dalam kawasan Bandar je, lain-lain tempat aku tak tahu. Hari tu aku ajak pergi saing krew, kau kata tak nak.” Kali ini suara Bad bernada serius. Selaku Pengurus Peribadi bagi Sein, seharusnya dia yang bertanggungjawab dalam hal ini, namun dia agak sibuk kebelakangan ini. Banyak masanya dihabiskan di Rumah Ibu.
“Kau tak tahu ke? Alah, nanti tanyalah siapa-siapa kat sana. Muar tu bukannya besar sangat pun, besar Melaka je.” Jawab Sein dari dalam bilik air cuba menyedapkan hatinya dan Bad. Sein tidak mampu untuk mandi seperti biasa, cukup hanya gosok gigi dan membasahkan badannya sahaja. Banyak benda yang perlu dikejarkan, menurut Bad dia sepatutnya berada di sana pada pukul 10 pagi.
“Bad, kau tolong packing baju aku tu. Aku tak sempatlah nak packing malam tadi.”
“What the fish! Baju pun kau tak packing lagi ke? Memang cemerlang, gemilang dan terbilang kau ni. Kalau ada Anugerah Pelakon Lelaki Paling Serabut, aku memang rasa kau paling layak menanglah.” Bad mula mengomel. Dia sebenarnya memang sudah menjangkakan hal ini, tetapi sengaja dia memperbesarkan hal ini. Sudah banyak kali dia sarankan, tinggal sahaja bersamanya. Mudah untuknya menguruskan jadual seni Sein, tetapi kata lelaki itu inginkan kehidupan yang berdikari dan inilah hasilnya! Wajah Sein hanya tersenyum apabila Bad begitu kuat menyindirnya.
Setelah siap memakai baju memakai t-shirt bulat gelap dan berseluar jeans, tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang kurang. Dia bergerak menuju dapur, kemudian teringat sesuatu, jam tangannya. Sein pantas mencari jam tangannya. Rasanya malam tadi dia letakkan di atas meja makan, tetapi kini hilang. Bad di ruang tamu terus melihat gelagat Sein yang ke hulur hilir di dapur, dapat diagak olehnya, pasti dia mencari sesuatu. “Kau cari apa tu?” soal Bad pendek. “Aku punya jam tangan.” Sein masih lagi mencari-cari jam tangan Rolex kesayangannya. “Ni, ada atas meja. Dari tadi ada depan mata aku.” Kata-kata Bad mengundang senyuman kelat pada wajah Sein, baru dia teringat sebenarnya dia meletakkan jam Rolexnya diatas meja ruang tamu. Ah, sudah berapa kali dia terlupa meletak barangnya. Dia mula berdengus, ada sesuatu yang dirasakan tidak kena pada dirinya.
“Sorry la Bad, aku kelam kabut sikit hari ni.” Sein membuka bicara. Sejak keluar dari Tol Sungai Besi, Bad hanya mendiamkan diri. Mungkin dia terasa hati, fikir Sein. Tiba-tiba Bad tersenyum, senyuman yang persoalan pada diri Sein. “Tiba-tiba je senyum kambing ni, kenapa?” soal Sein kehairanan. Bad hanya terus tersenyum, lambat dia memberi respons. “Kau tahu tak, sebenarnya shooting start bukan hari ni.”
“Bukan hari ni? Maksud kau?” Sein bertambah hairan.
“Sebenarnya shooting start lusa. Aku sengaja cakap hari ni, sebab aku tahu mesti jadi macam tadi punya.” Selepas habis sahaja kata-kata itu dituturkan, satu tumbukan mengenai bahu Bad. “Kurang asam punya budak, aku punyalah mengelabah tadi.” Sein agak bengang apabila tahu dirinya ditipu.
“Woi.. woi.. aku tengah drive ni. Nanti masuk parit kereta BMW kau ni, terseksa zahir dan batin.” Kata-kata Sein disambut dengan gurauan oleh Bad. Bad masih menahan gelak sambil dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Sein masih agak bengang, namun cepat reda apabila Bad memberitahunya bahawa dia mempunyai rancangan untuk pergi mandi di air terjun Gunung Ledang pada hari esok. Cepat Sein kembali tersenyum apabila mendengar rancangan itu. Sein mula berkira-kira dalam hatinya, ‘kalau jadi esok, rasanya ni kali yang ke dua aku pergi mandi kat Gunung Ledang.’ Kali pertama Sein pergi ke Gunung Ledang bersama ayah dan ibunya.
Sein memandang keluar tingkap apabila melihat Bad kembali dengan “hobi” utamanya iaitu memandu dengan penuh konsentrasi.

‘Ayer Keroh 2 KM’
Sein membaca papan tanda yang ada di tepi lebuh raya. Dia melihat jam tangannya, pukul empat petang. Dia kembali berkira-kira, sama ada mahu singgah di Rumah Ibu atau tidak. ‘Tak apalah, takut lambat pula check in kat hotel nanti.’
***
Keadaan di Gerai Mee Bandung Azwan mulai sesak dengan orang ramai. Kelihatan dua orang wanita sedang sibuk melayan pelanggan, manakala dua orang wanita lain pula sedang sibuk memasak di ruang belakang gerai. Jam sudah menunjukan pukul enam setengah petang, walaupun gerai itu baru sahaja dibuka, namun kunjungan orang memang tidak pernah putus.
“Eh Ecah, kamu datang kerja juga ke? Kamu dah sihat?”
Aishah agak terkejut apabila mendengar sapaan seseorang dari belakang. Namun dengan senyuman Aishah menjawab tenang. “Dah Kak Ija, dah dua hari sebenarnya. Tapi baru hari ni Abi bagi Ecah tolong Kak Ija. Abi takut Ecah penat.”
“Baguslah kalau kamu dah betul-betul sihat. Hari ni kamu tolong Kak Ija jaga kaunter, Kak Ija kena tolong Kak Nab dekat dapur. Hari ni ramai betul orang Kak Ija tengok.” Aishah hanya tersenyum sambil mengangguk apabila mendengar kata-kata isteri kepada arwah abangnya itu. Dia melihat wanita itu sebagai seorang yang cekal dan tabah. Kehilangan suaminya tidak langsung mematahkan semangatnya untuk terus hidup dan bekerja membesarkan anaknya, walaupun kadang kala Aishah pernah terlihat Kak Ija menangis sendirian. Entah apa yang difikirkan olehnya ketika itu, Aishah masih buntut memikirkannya. Mungkin dia teringatkan suaminya teka Aishah. Ah, aku tidak pandai berbicara soal hati.
Aishah kembali membetulkan tempat duduknya. Dia melihat-lihat keadaan sekeliling, memang betul kata Kak Longnya, agak ramai pelanggan hari ini. Keadaan jalan raya dihadapan gerai agak sesak, kebetulan bersebelahan dengan gerai itu ada sebuah stesyen minyak Petronas. Tiba-tiba pandangan mata Aishah tertumpu pada sebuah kereta mewah, BMW 5-Series berwarna gelapyang membelok ke arah stesyen minyak.
“Adik, meja nombor Sembilan.”
Pandangan Aishah terhadap kereta mewah itu segera dimatikan. Dia terus melayan pelanggannya, kereta itu telah melalaikannya seketika.
bersambung…
Jangan CABAR!
My View No Comments »Aku rasa panas betul bila tengok beberapa video kat youtube yang menyentuh tentang fatwa yang baru2 ini dikeluarkan. Video yang pertama menyentuh tentang isu fatwa yoga dan hal2 ehwal wanita, seorang mahluk tuhan bernama Ivy Josiah yang merangkap jua Executive Director of Women’s Aid Organisation memberi komen yang begitu pedas dan menyakitkan hati orang islam. Video kedua pula tentang sekumpulan perempuan yang memekik dan terlolong dihadapan KLCC membantah tentang fatwa berkaitan isu tomboy. Paling aku rasa sakit hati yang amat apabila mereka secara sesuka hati cakap “stupid fatwa everywhere…” aku rasa terbakar betul bila dengar komen dan statement diorang!
Link video:
Fatwas, Control, Choices and Women
Protest against anti-tomboy fatwa
Isu2 yang aku ingin timbulkan:
1. Siapa mereka untuk campurtangan urusan orang islam? Fatwa ini tak ada kena mengena dengan mereka. Urusan masyarakat bukan islam tidak pernah pun org islam masuk campur. Ada ke orang islam marah bila masyarakat buddha bakar colok besar ditepi jalan atas alasan mencemarkan alam sekitar? Kalau org islam boleh menghormati anda masyarakat bukan islam, so sepatutnya sebaliknya juga berlaku dalam isu ini.
2. Kenapa perlu melakukan demo sehingga mengeluarkan kata2 yang sememangnya membangkitkan kemarahan org islam? Hal2 sensitif berkaitan agama jika ada sebarang kemuskilan sepatutnya dirujuk pada tempat yang betul, bukannya melakukan perkara2 yang bodoh seperti demo.
Pandangan aku tentang Fatwa Yoga dan Fatwa Tomboy:
1. Secara jujur aku tak bersetuju jika yoga itu diharamkan kerana setakat pengetahuan dan pemerhatian aku, yoga dilihat sebagai satu bentuk amalan yang membantu pembentukan rohani dan mental yang baik. Namun jika kajian yang dilakukan oleh pihak majlis fatwa membuktikan bahawa memang jelas ia dipengaruhi unsur2 dari agama lain, maka kita masyarakat islam perlu akur terhadap fatwa ini.
2. Dalam isu fatwa tomboy ini, memang jelas dan tiada keraguan terhadapnya. Seperti semua sedia maklum tanpa merujuk fatwa ini, jelas pengharaman menyerupai jantina yang berlawanan berdasarkan sebuah hadis:
It was narrated from Ibn ‘Abbaas (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) cursed men who imitate women and women who imitate men, and he said: “Throw them out of your houses.” Narrated by al-Bukhaari (5885).
Siapa pengganti SS Dr MAZA?
My View No Comments »akhir bulan ini, maka berakhirlah tugas SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) selaku Mufti Perlis. Hampir 2 tahun memang jawatan ini, pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh dr maza. ada yang digemari kawan, dan ada yang dibenci lawan. kini timbul plak persoalan, siapa yang bakal menggantikan tempat SS dr maza? menurut laporan akhbar online malaysiakini dan mstar, kerusi panas ini mungkin akan digantikan oleh sahabat dr maza sendiri iaitu Dr Azwira, pensyarah di UKM atau Dr Juanda Jaya, bekas naib Mufti Sarawak. apa2 pun, perkara ini masih belum diputuskan secara rasmi, ia terletak dibawah kuasa Raja Perlis.
menggantikan kerusi Mufti Perlis merupakan satu cabaran yang sgt hebat, ini kerana dr maza telah meletakan kerusi Mufti Perlis sebagai kerusi yang menjadi tumpuan masyarakat. masyarakat mula melihat peranan mufti lebih aktif, suara2 org agama mula kedengaran dalam memberikan pandangan agamanya dalam perlbagai isu. bukan hanya dalam konteks agama, tapi dalam juga konteks isu semasa spt politik dan juga ekonomi.

petang semalam aku berkesempatan melihat perbahasan diparlimen, maka aku telah mendengar perbahasan kurang “cerdik” oleh seorang YB yang menyatakan kebimbangan terhadap tulisan2 orang agama dan juga mufti dalam surat khabar. aku terfikir, kenapa begitu sempit pemikiran seorang YB yang tidak memahami tugas seorang ulama’? adakah dia fikir ulama’ hanya layak bercakap soal hukum shj? ini haram dan itu halal? hai YB berfikrah melayu tulen, sempitnya pemikiran YB.. jika aku pengundi ditempat anda, maka dukacita aku memilih YB sebagai pemimpin.
aku mengharapkan kerusi yang bakal terisi nanti akan diisi oleh tokoh agama yang sama fikrahnya dengan SS dr maza, berfikiran kritis dan matang. kita memerlukan seorang mufti yang berani bersuara, bukan hanya sekadar dikenali sebagai pembaca doa dimajlis2 yang dihadiri oleh “org besar”. maka rakyat pun tidak mengenali siapa mufti mereka. walaupun ada suara2 sumbang terhadap manhaj yang dipegang oleh dr maza, kita lupakan shj pandangan ini. selama ini kebanyakan mereka pun hanya pandai mengangguk, sukar sungguh utk menggelengkan kepala, apatah lagi bersuara..














