I’m moving…

Iklan No Comments »

http://www.ajimtajdid.blogspot.com

Amazing!

Coretan Aku No Comments »

Gambar terbaik yang aku tangkap setakat nie.. tahniah2 pada diri sendiri.. haha…

My next family members?

Iklan 5 Comments »

BOIKOT: PREJUDIS, PERSEPSI ATAU SIKAP SENDIRI?

Ilmiah No Comments »

Boikot atau tidak? Itu mungkin persoalan yang telah lama berlegar dikaki minda sesetengah umat islam yang kelihatan agak bingung memikirkan isu ini. Pelbagai medan perbincangan serius diwujudkan dengan pelbagai nada panas mahupun suram telah menyentap minda umat Islam. Wujudnya pro dan kontra terhadap kempen boikot ini menambah lagi gulana hati umat Islam. Namun, majoriti agamawan menyeru ke arah pendekatan jihad ekonomi dengan menyokong kempen boikot ke atas produk keluaran Amerika Syarikat (AS) dan juga Yahudi. Penulisan ringkas ini cuba menilai secara adil isu ini disamping cuba melontarkan buah pandang yang mungkin bermanfaat untuk difikirkan meskipun tidak diguna pakai.

Beberapa sarjana dunia Islam seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi menyeru umat islam memboikot produk Israel bagi memberi tekanan ekonomi terhadap rejim zionis. Menurut Dr. Hussein Shihata, Professor Ekonomi Islam, dari Fakulti Perdagangan di Univerisiti al-Azhar, jihad ekonomi  bertujuan melemahkan ekonomi Zionist, gerakan anti Islam dan sekutu-sekutunya serta pada dalam masa yang sama mengukuhkan ekonomi negara Arab dan orang Islam bagi menjadikan mereka berdikari didalam ekonomi mereka. Menurut sebuah laman web yang menyokong kempen boikot ini, keberkesanan kempen boikot ini boleh dinilai dengan kejatuhan sebanyak 60% jualan produk minuman Coca-cola di Asia Barat dan kemunculan minuman ZamZam Cola keluaran syarikat Iran mula mendapat perhatian dipasaran. Makanan segera seperti McDonalds juga merasa kesan yang serius apabila ada cawangan mereka yang terpaksa ditutup sehingga ada cadangan supaya nama McD ditukar kepada nama yang lain. Kejayaan ini membuktikan kempen boikot oleh hampir 1.3 billion umat islam merupakan salah satu kuasa yang mampu menganggu gugat ekonomi mana-mana syarikat besar dunia.

Kita telah dihidangkan dengan contoh yang memiliki angka dan statistik yang begitu ampuh dan meyakinkan, namun bagaimana kesannya pada ekonomi umat islam? Melihat kesan dari sudut yang kecil seperti Malaysia, ramai yang sedar atau mungkin terlepas pandang tentang nasib puluhan ribu umat islam yang turut sama bernaung di dalam syarikat yang tersenarai dalam siri kempen boikot ini. Jika ingin dikecilkan skop kepada syarikat makanan segera yang berkonsepkan francais seperti KFC, McDonalds dan juga Pizza Hut, dianggarkan ada 30 000 ribu rakyat Malaysia yang bekerja di bawah syarikat terbabit dengan anggaran jumlah gaji tahunan mencecah ratusan juta ringgit setiap tahun. Jika kempen boikot ini berjaya sehingga menenggelamkan syarikat terbabit, ke manakah hala tuju sejumlah mereka itu? Adakah sejumlah besar mereka itu yang majoritinya Melayu Islam mampu meneruskan survival hidup tatkala dunia berhadapan dengan krisis ekonomi hasil dari kelembapan ekonomi AS?

Melihat prospek peluang pekerjaan di Malaysia ketika ini, terdapat 16 000 peluang pekerjaan yang diiklankan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Namun semenjak 1 Januari 2009,  dianggarkan lebih kurang 10 000 orang telah kehilangan pekerjaan kesan daripada kelembapan ekonomi dunia. Jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan apabila masih terdapat pengumuman beberapa syarikat yang akan menutup kilang-kilang mereka. Terbaru, Syarikat Panasonic Corp mengumumkan akan menutup kilang komponen elektronik di Melaka dan menggabungkan dua kilangnya di Selangor. Menurut jurucakapnya, Akira Kadota, penutupan itu menyebabkan pemberhentian kira-kira 500 pekerja. Mengambil kira perkembangan semasa dan melakukan perkiraan mudah, beberapa persoalan wajar dihadam seperti adakah ekonomi Malaysia mampu menyerap kesan daripada hasil boikot ini jika ia berjaya? Jika di Palestin rakyatnya dibunuh dengan kejam tanpa sikap belas kasihan, mungkinkah di Malaysia akan mencetuskan suasana baru di mana berlakunya krisis ekonomi yang teruk dikalangan rakyat sehingga mendesak sesetengah daripada mereka nekad melakukan kerja yang bercanggah dengan undang-undang? Mungkinkah juga akan berlaku krisis pendidikan apabila ada dikalangan ibu bapa yang sudah tidak mampu lagi menyekolahkan anak-anak mereka?

Terdapat pandangan jangka masa panjang yang dilihat lebih agresif namun disifatkan terancang berkaitan kempen boikot namun memerlukan komitment yang tinggi daripada pihak pemerintah. Kerajaan wajar memulakan satu dasar polisi baru di mana setiap syarikat atau pelabur baru yang ingin melabur di Malaysia perlu mengistiharkan ia bebas daripada sebarang aktiviti yang menyumbang atau menyokong keganasan seperti pengganas rejim Zionis. Dasar ini penting bagi menghalang kemasukan syarikat yang berkepentingan Zionis agar tidak menyukarkan kempen boikot bagi jangka masa panjang. Kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah badan yang bertindak sebagai entiti bebas bagi menyiasat kebenaran dakwaan sesetengah pihak terhadap beberapa syarikat asing seperti dari AS yang menyalurkan dana kepada zejim Zionis. Jika terbukti benar dakwaan itu, kerajaan perlu menyekat sebarang bentuk pelaburan baru syarikat terbabit seperti pengiklanan di media massa dan juga pembukaan cawangan baru di dalam Malaysia. Tindakan ini akan memberikan tekanan yang hebat kepada syarikat terbabit namun dalam masa yang sama masih lagi melindungi nasib pekerja yang bernaung di bawah syarikat itu. Skim tawaran kerja wajar diberikan kepada mereka yang berkerja di bawah syarikat yang terbukti menyalurkan dana kepada rejim Zionis bagi memberi mereka peluang dan ruang pekerjaan yang baru sebelum langkah yang lebih agresif diambil kepada syarikat terbabit. Skim ini tidak mustahil untuk dilaksanakan jika wujud kerjasama diantara pihak kerajaan dan juga syarikat swasta tempatan yang prihatin terhadap isu di Palestin. Kewujudan premis-premis baru perniagaan wajar dikembangkan bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia. Tekanan yang hebat seperti ini mampu memberikan impak yang cukup besar pada syarikat terbabit dan secara tidak langsung melumpuhkan perkembangan ekonomi syarikat itu dalam jangka masa panjang.

Selain daripada kempen memboikot produk dari AS dan negara Yahudi, masih terdapat beberapa pandangan yang releven dan dilihat mampu memberikan tekanan kepada AS selaku tulang belakang kepada gerakan rejim Zionis. Negara Malaysia banyak bergantung pada matawang Dollar dalam urus niaga luar negara, kesannya ekonomi Malaysia dilihat banyak bergantung pada kestabilan matawang negara “Uncle Sam” itu. Kerajaan harus bersikap proaktif dengan menimbang semula penggunaan matawang Dollar dan mula melihat alternatif lain seperti penggunaan matawang Euro yang dilihat lebih stabil atau kembali merencanakan semula idea “Dinar Emar” yang dipopularkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir. Idea asal penggunaan Dinar Emas ini mula dipelopori pada tahun 1983 oleh Profesor Omar Ibrahim Vadillo. Ketika itu dikhabarkan idea ini sangat popular dikalangan negara Eropah, namun kurang diketahui oleh masyarakat Islam. Pada tahun 2002, ia kembali bersifat populis apabila Tun Dr Mahathir komited untuk menjadikan Dinar Emas sebagai pembayaran dua hala Malaysia dengan rakan-rakan dagangnya. Kini idea Dinar Emas dilihat gagal apabila tiada kesinambungan untuk meneruskan agenda ini apabila tampuk kerusi yang memerintah bertukar tangan. Jika kempen boikot matawang Dollar ini berjaya direalisasikan, pastinya ekonomi AS menjadi semakin parah apabila matawang Dollar semakin kurang diguna pakai dan akhirnya mendesak pihak pentadbiran White House kembali memikirkan semula polisi luar negaranya yang sebelum ini sentiasa bersifat berat sebelah terutamanya apabila melibatkan isu umat Islam di Palestin.

Sikap umat islam di Malaysia harus berubah dengan tidak hanya bertindak berdasarkan sikap prejudis atau bergantung pada persepsi sahaja, ia harus bertindak melalui sikap sendiri yang mana mampu berfikir secara kritis dan adil apabila berhadapan dengan sesuatu isu. Sesetengah daripada kita hanya tahu mengikuti kempen boikot tanpa berfikir panjang tentang pro dan kontra isu ini. Ada juga yang memiliki pemikiran satu hala yang mana sentiasa menganggap dirinya berada pada landasan yang betul. Manusia sebegini tidak memiliki ruang untuk menerima kritikan dan pandangan orang lain. Kempen memboikot memang mudah untuk dilafazkan secara teori semata, namun pada hakikatnya ia memberikan kesan yang berangkai dan pelbagai. Tindakan memboikot secara melulu tanpa melakukan perancangan dan kajian terlebih dahulu bukan hanya akan melumpuhkan ekonomi Yahudi, tetapi juga memberikan impak yang negatif pada mereka yang tidak berkepentingan. Oleh itu, jika kita mahu memboikot, lakukanlah dengan rasional, bukan dengan emosional!

*aku menulis secara serius isu nie bile ada sahabat yg mintak aku berbuat demikian..

li.. oh.. li… (siri 3)

Coretan Aku No Comments »

Kadang2 aku rasa bila dah 2 bulan buat li nie.. aku dah mula rasa bosan + rindukan suasana lecture kat utem.. masuk bulan kedua nie, banyak gak masa aku abeskan dgn msk line..  depart QA kureng staff, ade 2org baru berenti.. so aku terpaksa menjerumuskan diri kearah kerja2 keras bernama QC inspector..

mngkn ada yg tertanye2 pe menatang QC inspector 2, yg pasti bukan inspector polis la yea.. haha..
kerja kat bhgian nie kira anda akan melakukan kerja2 paling penting, berat dan menyebabkan anda kemngkinan besar terbarai diakhir sesi kerja.. basically kerja die senang gak, wat inspection n packing setiap seat yg dah siap di assemble.. tapi part yg pling sakit bila kita dah siap wrapping seat 2 gne polycover, kita kena angkat seat 2 ke atas skidboard sebelum mamat2 bangla anta ke finish good.. seat 2 bukannye sekilo dua.. seat belakang buleh tahan la, tapi seat depan, xbuleh tahan.. berat macam gajah bunting kembar.. mau patah pinggang aku.. untuk seat myvi std, shift siang kena wat around 190 set.. setiap front seat ade 2, which is left and right.. setiap seat berat dia dalam 15-20 kg.. can u imagine? Huhu..

19/1 aritu aku baru dapat 1st elaun aku trainee kat fuji seats.. mule2 aku expect dapat dalam rm400 je.. sebab tolak cuti seminggu masa raya aji aritu.. tapi tibe2 membe aku cakap aku dapat 7 rat lebih.. aku pun antara caya @ tak je.. bila aku naik office, mintak elaun aku.. mmg betul2 aku dapat 7 rat lebih.. fuhh, melebihi sasaran.. hehe.. Alhamdulillah, mmbe aku kate myb rezeki rakyat palestin.. insyaAllah.. kepada membe2 yg dapat elaun 2-3 rat je 2, jgn dukacita dengar berita gembira aku nie.. hahaaahaa..

*kdg2 org xtau nk menghargai bila dapat tempat li yg wat keje xberat n relex2 je.. hajat atie nak tkr company lain, kang bila dah tukar.. dapat plak yg koje berat, mula la nak menyesal tak sudah..

BOIKOT: Rasional @ Emosional?

My View No Comments »

BOIKOT!!  BOIKOT!!

Bertalu-talu media massa memainkan isu nie.. kekejaman rejim zionis laknat bebenar menimbulkan kemarahan umat islam diseluruh dunia.. namun seperti biasa, hanya mampu marah.. bercakap tentang kemarahan, maka ramai umat islam bercadang untk memboikot produk2 yahudi dan US sebagai tanda protes.. cadangan ini merupakan suatu yg amat dialu-alukan, tanda umat islam prihatin terhadap isu di palestin.. aku sendiri secara dasar amat2 bersetuju tentang cadangan nie.. diulangi, secara DASARnya.. namun bagaimana perlaksanaannya dalam konteks negara Malaysia dan dunia umumnya?

Aku sangat tidak bersetuju bila kita nak bantu org lain, kita terpaksa memudharatkan org lain yg tak bersalah.. aku amik contoh mudah, ramai yg suruh kita boikot fastfood dari US spt McD n KFC.. org akan senang cakap, nie produk US.. jgn beli.. biarkan company dari US nie lingkop.. mudahnya org menyuruh itu dan ini.. ramai yg tak sedar @ pura2 tak tahu tentang betapa ramainya pekerja islam & bkn islam yg bekerja dibawah compny nie.. menurut Tan Sri Ali Hashim (JCorp), ade lebih kurg 22 000 pekerja dibawah naungan KFC dan juga Pizza Hut.. tu tak campur lagi dgn McD n lain2.. kalaulah company 2 lingkop hasil dari boikot umat malaysia, mana kita nak sumbat 22 000 org 2? Baru2 nie Datuk Subramaniam selaku menteri sumber manusia menyatakan sekarang ada lebih kurang 12 000 pekerja baru diberhentikan kerja.. ditambah lagi dgn penutupan kilang2 akibat kemeleset ekonomi.. namun masih ada lagi 16 000 peluang pekerjaan.. kalau math korg dapat A, cuba kira ada balance ++ or –? Lu pk la sendiri!

Aku rasa kita perlu jadi manusia yg realistik dan bukan idealistik .. jadi manusia yg bercakap berdasarkan fakta dan keadaan semasa dan bukan hnya tahu berteori itu dan ini.. ada segelintir manusia yg bertindak kejam atas sikap prejudis sendiri, kalau org lain tak bersetuju boikot.. maka akan dituduh kita tidak prihatin dgn isu palestin.. manusia nie aku lihat hanya ada satu hala pemikiran.. dunia mereka hanya ada dua warna, hitam @ putih.. aku pernah tulis tentang sikap nie dalam puisi aku yg bertajuk tahi cicak dlm posting sebelum nie..

Boikot secara terancang? Pernah membe aku usulkan benda nie merujuk ckp dr Mahathir.. aku pun tanya, terancang mcm mana? Kelu bisu seribu bahasa die xdapat nak jawab.. bagi aku, kalau nak boikot sesuatu produk.. kita harus memikirkan tentang alternative.. kalau betul kita nak boikot KFC, kita tak boleh hanya terjumud dlm konteks tak beli ayam kentuki 2.. kerajaan wajar mengharamkan terus kemasukan francais makanan 2 ke malaysia.. begitu juga company2 lain yg mempunya link dan bukti terlibat dalam penyaluran dana ke zionis laknat.. baru terasa kesan kuasa boikot 2 terhadap ekonomi mereka.. tetapi sebelum dilaksanakan, WAJIB dipastikan peluang pekerjaan alternative telah wujud dan memenuhi syarat spt pekerjaan sblm nie.. soalnya ia banyak bergantung pada pemerintah.. sudah termampukah kepimpinan kita?

Aku lebih gemar jika kerajaan Malaysia dan dunia islam yg lain menggurangkan kebergantungan nilai dollar dalam urus niaga mereka.. kita mmpunyai alternative spt dinar emas dan matawang euro, sebab tu aku rasa nie antara jalan terbaik.. bila kita laksanakan hal benda nie, aku tak rasa die ada bagi big impact pada rakyat bese.. nilai dollar pun semakin xstabil dgn krisis sub-prima diorg yg semakin teruk.. industry auto kat US pun dah semput2.. GM pun rugi dah byk.. nasib baik US government bg pinjam billion2.. euro merupakan antara matawang yg paling stabil.. kerajaan patut pandang serius benda nie.. kalaupun mungkin agak payah, gunakan saluran NAM, OIC or Komanwel  untuk wujudkan kerjasama antara negara anggota sebagai permulaan.. biarkah nilai dollar US terus lemah, bg die bankrup terus.. haha..

Kepada mereka yg masih ingin terus memboikot, aku boleh beri satu cadangan yg amat baik.. mari memboikot produk rokok yg jelas keharamannya seperti yg dikatakan oleh ramai ulama’ dunia.. benda mcm nie yg wajib kita boikot! Bila aku nulis benda pasal benda nie, bukan bermakna aku xsetuju dgn boikot memboikot nie.. sebab aku pun 4ward msg2 boikot pada membe2 yg lain.. Cuma kita kena banyak membuat kajian dan analisa, biarlah kita dilihat sebagai  umat islam yg sentiasa rasional dan bukan yg emosional!  

*tertarik dgn idea Tan Sri Ali Hashim agar kita teruskan usaha menguasai pengurusan KFC di US.. aku yakin, usaha sebegini dilihat lebih rasional dari sudut jangka masa panjang..

My new family members!

Iklan No Comments »

*kepada kiut, sorry a.. aku memain je.. bukan samsung omnia.. ahaha..

Reunion 1st PF38 KMJ 05/06

Coretan Aku 1 Comment »

21persons of x’PF38 yg hadir.. tenkiu atas komitmen..

Kepada achol, ko memang cari nahas dgn aku!

Free Palestine!!

My View No Comments »

Negara palestin melalui sejarah yang cukup panjang dan getir. Sepanjang kewujudannya memang tidak pernah sunyi dengan pelbagai konflik yang merencanakan sejarah dan masa depan dunia. Bermula dari 638 M, Umar bin Khattah telah memerdekakan palestin dari penjajah Rom sehinggalah kepada peristiwa penubuhkan sebuah doktrin untuk mendirikan negara Yahudi Israel oleh Theodore Hertzl pada tahun 1896. Antara peristiwa genting dalam sejarah Palestin adalah pada tahun 1967 apabila Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria selama 6 hari atas alasan menghalang pencerobohan dan juga pembunuhan kejam ratusan rakyat palestin di Sabra dan Shatila pada tahun 1982. Kini sejarah-sejarah kejam itu semakin kita lupakan. Nada suara kita semakin perlahan dalam memperjuangkan hak kita itu. Jika ada pun, suara itu umpama selingan yang bermusim. Sekejap kuat ia berdengung, sekejap ia diam terdungu.

  

Sudahlah negara palestin masih belum mampu kita namakan sebagai sebuah negara milik rakyatnya secara rasmi, ditambah buruk pula dengan dengan kerja-kerja gila zionis yahudi apabila mereka mula mengali terowong di bawah Masjid Al-Aqsa. Kerja gila ini telah bermula semenjak tahun 1967 apabila Israel telah menggali terowong sepanjang 70 meter. Sehingga kini kerja ini masih berterusan secara terancang dan sistematik. Cita-cita yahudi untuk mendirikan “Kuil Haykal” semakin menampakkan sinarnya. Dengan usia yang semakin melewati senja, ditambah pula dengan kerja-kerja penggalian bawah tanah, struktur binaan Masjid Al-Aqsa semakin terancam. Sampai bilakah Al-Aqsa mampu bertahan? Adakah sempat kita mendapat kembali hak sebagai pemilik tunggal Al-Aqsa sebelum ia rebah tersembam menyembah bumi?

 

Masalah yang dihadapi oleh negara palestin dan umat islam ini memerlukan satu pendirian yang konsisten dan lantang oleh semua kuasa besar dalam kelompok negara islam. Masalah utama yang dilihat adalah apabila kebanyakkan negara islam yang bernaung di bawah nama OIC melagukan rentak yang pelbagai dan semestinya berbeza. Masing-masing berbeza mengikut keperluan dan kadangkala bersifat tidak membantu. Jika benar kita berpegang pada firman Allah ini (AQ 49:10), pastinya isu ini akan dapat diselesaikan tanpa banyak masalah.

 

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara……”

                                                                       (Surah Al-Hujuraat:10)

 

Apakah sumbangan anda terhadap pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka? Adakah anda mangsa yang seterusnya? Perhatikan dunia disekeliling anda, nilaikan… pasti anda ada jawapannya.

Sudahkah anda bersedia?

 

“Masalahnya kita hanya bercakap, sementara zionis sedang bekerja. Mereka terus membuat perancangan, sementara kita tidak ada kerja. Mereka terorganisasi, sementara kita bercerai berai. Mereka sentiasa bersatu sementara kita bercakaran sesama sendiri.”

                   (Dr Yusuf Al-Qardhawi, Persidangan Institusi Al-Quds ke-5, Aljir Al-Algeria)

BMCD Bloggers!!!

Iklan 3 Comments »

Aku nak bg cadangan sket kat bebudak bmcd bloggers.. pe kate korg letak logo bmcd bloggers yg aku wat nie kat blog korg.. jadikan macam satu jaringan.. semua bloggers bmcd wajib ade logo nie.. pas2 someone kena wat akaun blogspot utk bmcd.. wat blog cam utembloggersunited (ubu).. pas2 kita hasutla semua bdk2 bmcd lain wat blog or atleast ada akaun blogspot.. pas2 2 kita jana duit.. wat iklan kat blog 2, pas2 kita galakan org yg masuk blog 2 click kat iklan 2.. terutamanya bdk2 bmcd la.. haha..

aku nak wat dah xleh la, dah byk blog yg aku handle.. blog utembloggers 2 pun aku dah dinaik taraf jadi admin.. so.. korg wat la plak.. hebat x idea aku nie?? Hahaaaha…

Senarai bmcd bloggers:

1.       ajim @ ajimtajdid/ajimpeace

2.       Ijal @ coklatchips

3.       Pakcik @ mudasfreak

4.       Syuk @ artyourlife

5.       Emon @ monkgrease

6.       Fiza @ semutapi

7.       Rizal @ rizalidol

Ayuh kengkawan, nyatakan sokongan anda!!! Hahaaa…

li.. oh.. li.. (siri 2)

Coretan Aku No Comments »

“eh.. macam mana kau kira benda nie?? Tunjukkan kat aku macam mana kau kira??”

Tiba2 ade satu xsore yg agak mengejutkan aku dari tepi.. aku yg baru duk sampai kat rework table agak terkejut.. tibe2 disergah ngn soklan yg aku xpaham asal citenya..  mamat yg muka seakan cina or lebih tepat kacukan cina + melayu 2 memandang aku dgn muka yg mcm nak gaduh.. rupanya mamat eng 2 nak tau macam mana aku kira speed utk conveyor line VIVA dapat 1.4 minit.. lepas aku xplain, dia dgn nada2 sinis dan seakan-akan nak gaduh mempertikaikan apa yg aku buat.. aku yg dari mula tadi ckp dgn nada yg baik, mula rasa panas atie bila tgk cara dia layan aku macam 2.. tapi aku tetap sabo.. sabar 2 sebahagian dari iman kan? Akhirnya, selepas sesi bincang2 n dialog ngn mamat 2, akhirnya aku akur.. yg cara aku kira 2 silap.. bila aku bagi cadangan kat die utk wat kaizen bg mengelakkan salah faham timbul ag, dia masih lagi bernada sinis dan *#!^^(!*..

“tak payah letak situ, kalau letak pun xguna.. bukannya reti kira pun…”

Aku terasa macam ade tumbukan tahap dewa kaio peringkat 3 menerobus pundi perut aku.. darah mula tesirap lagi menyirap.. tapi bukan air sirap.. aku mula hentak2 pen yg aku dok pegang dari tadi.. tanda protes.. tapi masih lagi sabo..

tak pe la, aku just bg cadangan.. yela, bukan setiap org sama tahap pemikirannya..”

Aku cakap nada sindiran tapi masih sopan santun.. chewah.. haha.. muka mamat 2 berubah sket, mungkin dapat tngkp apa yg aku cuba sindirkan.. tapi dia masih terus nak memperkecil2kan aku dan memperbesarkan kesilapan aku 2.. mamat2 operator sekeliling curi2 pandang tgk aku dgn eng 2.. adakah mamat eng nie sengaja nak malukan aku depan operator2 tu???

aku mengaku aku silap, kesilapan aku 2 pun hasil dari maklumat yg salah dari pekerja lama kat situ.. tapi aku xpun bagitau mamat eng 2 pasal hal nie.. aku pun malas nak memanjangkan masalah nie, takkan aku nak salahkan mamat operator yg bg aku info yg salah 2.. aku percayakan mamat operator 2 sebab die keje dah lama, 7-8 taun.. lagi lama dari mamat eng 2 yg baru 5-6 bulan keje c2.. kalaupun ye aku silap, tapi aku rasa xperlulah cakap mcm aku nie budak2.. xperlulah sampai nak sindir2 aku dgn nak merendah2kan aku sebagai pelajar U.. kalau org tegur aku dgn cara yg baik, aku xkesah pun.. aku terima dgn tindakan yg positif.. tapi kalau teguran 2 bercampur sindiran dan hinaan.. memang aku susah sket nak telan..

aku baru nak jatuh cinta dgn suasana keje kat cni, tapi bila benda nie jadi.. aku mula pk kan balik perasaan 2.. haiya.. tiba2 aku rasa li nie terlalu lama.. baru satu bulan.. ada lagi 3 bulan lebih.. lama ke? Memang pun!!

li.. oh.. li..

Coretan Aku 4 Comments »

Rasanya dah hampir 3 minggu aku wat internship program kat company Fuji Seats (M) Sdn Bhd, banyak benda yang aku dah belajo.. mase mula2 masuk campany 2 first day, risau gak bila org HR bgtau keje kat Fuji Seats nie teruk sket.. Almaklum la, company NIPON.. berdebau2 masuk dlm office utk jumpa Mr Tan selaku Deputy General Manager (DGM), tapi nasib baik DGM 2 okey.. lepas sembang2 dua tiga kerat sambil speaking (chewah, kat U pun aku jarang ckp omputih.. haha) pasal background company 2 and coz aku kat university, dia pun bawak aku jumpa Assistance Manager (AM).. aku masuk department Quality Assurance (QA), ok gak department nie.. banyak benda aku boleh tau.. mula2 2 aku harap2 gak dpt masuk R&D diorg.. tapi tak dapat, myb sebab aku xcakap kat die kot.. haha.. R&D diorg cuma wat design, and kalau nak wat testing kena hantar design 2 kat jepun.. tapi 2 pun kira gempak gak, jarang company kat  mesia nie ada department R&D..

Aku punya penyelia nama dia Mr Cody, AM utk QA.. nasib baik mamat nie baik, murah dgn senyuman.. sentiasa senyum kat aku.. aku pun apa ag.. he he he jela..  second day keje aku dok perhatikan operator wat Quality Control (QC) dalam line seats assembly.. sambil2 2 aku take note utk SOP..  masuk kat dalam production site nie, terasa mengantarabangsakan diri sket.. almaklum la, ada warga Nepal  dan bangla selain beberapa mamat nipon yg berpangkat tinggi..  haha..

(GAMBAR CONTOH)

Aku skang tgh wat One Point Standard (OPS) utk MYVI seats.. minggu lepas dah wat utk MYVI standard, minggu nie kena wat utk MYVI high grade and MYVI SE.. Banyak benda sebenarnya yang aku nak share.. tapi aku simpan dulu.. banyak kezutan yang aku terima bila aku masuk dalam company nie.. apa kejutan 2? Ha… sabo2.. nanti ade mase free aku nulis ag..

TAHI CICAK

Puitis No Comments »

 

Dunia ini hanya ada dua warna..

Hitam dan putih..

Jika aku tidak memilih putih..

Maka aku dituduh jatuh cinta pada hitam..

 

Jika aku tidak memilih dua warna itu..

Maka aku dituduh orang yang tidak berpendirian..

Tidak berprinsip..

Dunia ini sungguh sempit dan membosankan!

 

Aku sejujurnya meminati banyak warna..

Kadangkala biru menjadi pilihan hati..

Hijau juga selalu menepati citarasaku..

Terangnya merah pernah juga mengisi carta..

 

Jika hanya hitam dan putih pilihan warna dunia ini..

Maka aku terpaksa jujur katakan hal ini..

Warna dunia ini telah mengingatkan aku pada sesuatu..

Maaf kukatakan, inilah dia warna-warna tahi cicak!

aku sangka..

Puitis No Comments »

Tika mata aku masih belum mampu melihat dunia..

Aku miliki sangkaan simpul mati tentang manusia agama..

Simpul mati itu terbit dari sangka baik aku pada mereka..

 

Aku sangka manusia agama itu hatinya menyejukkan jiwa..

Sesejuk mampu mendinginkan panasnya sahara..

Aku sangka manusia agama itu hatinya putih dan suci..

Sesuci dan seputih susu unta perahan nabi..

Aku sangka manusia agama itu sentiasa berkata benar..

Sebenar kata-kata manusia bertaraf dewa..

Aku sangka manusia agama itu penunjuk kebenaran..

Bukan penghalang ketulusan manusia ilmuan..

 

Namun kematangan dunia telah mengajarku banyak perkara..

Manusia agama itu juga manusia biasa..

Bezanya mungkin hanya pada nama..

Mungkin juga sudut taqwanya..

 

Apabila aku jujur melihat manusia berlabel agama..

Kadang kala aku merasa ada titik sama dengan manusia hina..

 

Manusia hina apabila bercakap mereka berdusta..

Apabila diberi amanah mereka melupainya..

Apabila memimpin dia gagal menunjukkan tauladan mulia..

 

Tidak dan jangan fikir sebegitu!

Aku tidak miliki kesimpulan itu..

Kesimpulan  mengagalkan semua manusia agama..

Aku hanya mengagalkan kesimpulan hijau usiaku..

 

Kini, kesimpulanku terikat kemas..

Namun bukan ikatan mati seperti dahulu..

Manusia agama hanya manusia biasa..

Mulianya mereka terikat pada dua perkara..

Keikhlasan dan akhlaknya..

 

Mengapa bukan pada ilmunya?

Manusia hina juga ramai yang berilmu tinggi..

Namun mulutnya sentiasa menghina dan mencaci manusia lain..

Mengapa bukan pada pangkatnya?

Manusia hina ramai yang menduduki jawatan teratas dalam dunia..

Namun mereka tidak ikhlas bekerja lantaran mengejar habuan sementara..

 

Maafkan aku manusia agama..

Kerana aku hanya mampu bersangka..


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in